Thursday 21 February 2013

Alhamdulillah, Sempurna

Ceria menanti hadirnya musim bunga, menghayati sinaran matahari yang menyentuh pipi setiap kali keluar rumah dan salji semakin cair. I just love it and this make me so happy. Suka sangat keluar bila musim salji dah nak angkat kaki. Yeppi!!! Keluar kelas pun semangat. (Tapi main post ni bukanlah nak cerita pasal musim bunga.)

Musim bunga tahun lalu
Dalam keceriaan menghayati keindahan alam ciptaan tuhan, Allah menghantarkan insan-insan yang kurang bernasib baik untuk menemani perjalananku agar aku tahu ertinya syukur. Bersyukur dengan kurniaanNya padaku. 

Kita (saya) jauh lebih beruntung dari mereka. Mereka siapa? Mereka yang hidup serba kekurangan, yang cacat fizikal, yang cacat mental dan banyak lagi kesukaran hidup yang terpaksa ditempuhi termasuklah kehilangan ibu bapa pada usia yang cukup muda.


Cacat fizikal. Masa keluar beli barang dapur  ada yang malah  tidak ada kedua-dua belah kaki. Terfikir macam mana mereka dapat survive. Lebih-lebih lagi masa tu musim sejuk (winter), menanti ehsan orang yang lalu-lalang untuk memberi sedekah.
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di Jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai mempunyai 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang dia kehendaki dan Allah maha luas, maha mengetahui..."
(QS. Al-Baqarah: 261)



Setiap kali keluar p kelas biochemistry dan physiology hari isnin dan rabu, mesti tengok makcik-makcik yang minta sedekah tepi jalan. Masa balik dari kelas, nak naik kereta, ada dua orang lelaki, seorang normal dan seorang terencat.


Sebut dalam hati: Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Aku jauh bertuah dari mereka.

Sangat-sangat bersyukur dengan pemberian Allah selepas melihat penderitaan orang lain. Jika Allah menarik balik memberianNya atau memberi sedikit kekurangan, jangan bersedih! Ingatlah, masih ramai lagi insan diluar sana yang kesusahannya berlipat kali ganda. 

Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tidak kaya untuk merasa tinggi diri dan tidak miskin untuk mengharap selain dari Allah, lahir dengan fizikal yang sempurna tanpa cacat cela, tidak terencat akal dan yang paling penting, mempunyai kedua-dua ibu bapa yang memberi hadiah termahal dalam hidup: islam sejak lahir. It is more than enough to thank to Allah

Sempurna... Orang kata, tiada manusia yang sempurna dan kesempurnaan hanya milik Allah. Layakkah kita untuk membandingkan taraf kita dengan pencipta? Kita sempurna, tapi in term of human. Sebab apa kita sempurna? Sebab Allah yang menyempurnakan penciptaan kita. Betul tak?


Its ME di kelilingi oleh tulip. Stay baca blog ni and i will update cerita dan gambar musim bunga tahun ni

Tulip hasil musim bunga 2012. Can't wait for tulip 2013 berkembang.

Ibarat musim, selepas winter Disember yang sejuk beku, Allah kirimkan spring yang indah dan menenangkan. Semoga Allah mengirimkan ceria dan bahagia buat mereka yang kurang bernasib baik. Walau bukan di dunia, mungkin diakhirat kelak. InsyaAllah.






4 comments:

  1. cantiknya tulip tue ... untungnya dpt merasa musim bunga. mesti segar jerk kn ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2..syok giler :) lebih2 lagi bila orang bwa bunga..harum giler..ros brlambak2..suka sangat <3

      Delete
  2. Replies
    1. cantik kn..ada lagi 1 taman belum buka,,bila tgok cantik giler..sejuk mata tengok

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...