Sunday, 28 April 2013

Lelaki Tak Bertanggungjawab Macam Tu Nak Jadikan Calon Suami?

Terasa lama sangat dah tak berblog padahal baru jer siang tadi post pasal review blog Celoteh Cik Yaya. Lama tak BW. Lepas ni nak BW ke blog2 yang tinggalkan jejak kat shoutbox dan comment.

Yang lain akan direview juga tapi one by one. Tak nak sekaligus sebab tak efficient. Sebagai tanda that i very appreciate them, in return, mesti yang efficient yang betul-betul special so that reader kat blog ni tahu pasal kewujudan blogger yang saya nak review. 




Pagi tadi skype dengan En. Panda yang baru pulih lepas accident dan dah start bertugas malam semalam. Dia dan rakan setugas melakukan sekatan jalan kalau tak silap tapi yang pastinya mereka tahan ramai budak motor. Apa lagi, angkut p balailah.


Gambar ni bukan gambar dari tempat kejadian 

Bukan nak cerita pasal budak motor tu tapi nak cerita pasal teman wanita salah seorang dari remaja kaki motor yang kena tangkap tu. Kesian minah tu menangis-menangis kena tinggal sorang-sorang oleh teman lelaki masa motor tu kena cekup. Tak bertanggungjawap betullah lelaki macam tu.

Ceritanya macam ni. (En. Panda yang cerita)

Masa tengah bertugas, 
Pegawai polis bertugas: Mana tuan motor ni?
Remaja 1: Ada kat sana.

Last-last yang datang perempuan la pulak. Siap memangis-menangis lagi. Remaja 1 pun tanya mana BF perempuan tu. Perempuan tu kata BF dia dah blah cabut lari.

Pegawai polis bertugas: Lelaki tidak bertanggungjawab macam tu yang kau nak? Belum kahwin dah macam tu. Lepas kahwin haraplah dia nak bertanggungjawab. 

Wanita-wanita yang sangat-sangat disayangi dan dihormati kat luar sana, korang pandai-pandailah nilai sendiri akhlak lelaki yang bakal jadi iman keluarga kamu kelak. Ditegaskan disini, imam, yakni ketua keluarga @pemimpin keluarga, yang memimpin. Elok tampuk pemimpinnya, in sya Allah elok jugalah rakyat yang dipimpin. Eh, salah.. In sya Allah elok jugalah keluarga yang dibawah pimpinannya.


ni tak perlu penggali kubur. Direct landing.

Budak motor yang bawa motor tak jahat, tak salah tapi budak motor yang bawa motor ganggu ketenteraman awam nak tunjuk hero tu memang minta nak makan tanah. Bawa awek keluar naik motor malam-malam? Umph, tu dengan awek-awek dia sekali minta nak kahwin awal.








6 comments:

  1. Tak layak nak buat calon suami pun kalo macam tu. Lainlah kalo dia betul2 berubah dan dah insaf, Insha Allah boleh pertimbangkan balik

    ReplyDelete
  2. kalau dah berani bawak gf malam2, tu memang kena basuh otak dia dulu.. jangan cari lelaki yg tak reti nak jaga maruah kita sekali.. yg perempuan tu pun jangan la tergedik2 ikut bf waktu tengah malam, haih.. dunia2..

    ReplyDelete
  3. ada hikmah juga..lps ni mintaminta prmpn tu insaflah dari terus berpeleseran dngn mat motor tu

    ReplyDelete
  4. Masa seronok berdua,
    masa menangis sorang-sorang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...