Tuesday 28 May 2013

Bosan Dengan Dunia


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Sunday 12 May 2013

Beza Belajar Di Sekolah Menengah Dan Universiti

Lepas dapat result SPM, STPM mesti ramai yang akan menjejakkan kaki ke universiti. Mungkin ada sesetengah pelajar yang dah terbiasa dan terdedah dengan suasana universiti tapi tak kurang juga yang masih samar-samar. So, kali ni nak cerita pasal belajar kat universiti. 



Benda yang sangat-sangat korang perlu tahu, zaman persekolahan di sekolah menengah totally different dengan di universiti. So, siapkan minda anda untuk setiap kemungkinan dan perubahan. Jangan dapat kejutan sudah. Parah otak nak study nanti.

Dulu kat sekolah, korang duduk dalam kelas tunggu cikgu datang. Kat u, korang perlu bergerak kat tempat yang korang nak study. Contoh, korang ada lecture kimia, kenalah bergerak ke dewan kuliah kimia.

Jadual masa zaman persekolahan hari-hari sama. Masuk kelas jam 7. Rehat jam 10. Balik jam12.30. Senang nak adapt sebab hari-hari sama. Kat u pula, kadang-kadang seminggu hanya ada 2 kelas. Dalam sehari kadang-kadang hanya belajar 1 subject. 

Waktu rehat dulu setengah jam. Bila kat u, punyalah lama nak tunggu pertukaran subject dari 1 kelas ke kelas lain. Last2, balik bilik. hahaha Eh, jangan. Belajar2. Sebab kena tunggu lama, korang boleh prepare bawa botol air dan makanan siap-siap. Jangan bawa botol air sahaja tetapi botol air yang berisi air. Jimat duit. Lepas tu tak payah nak beratur panjang-panjang untuk beli makanan di cafe. Kebersihan makanan pun terjamin. Sebab tu lah kalau korang perasan pelajar chinese bawa beg besar-besar. Macam-macam ada kat dalam beg tu.


Ni sangat penting.Kat u jangan jadi kera sumbang. Kena bersosial. Bukan sosial yang lepak sana sini tapi 'bergaul'. Bukan sebab apa, kadang-kadang pensyarah selalu bila nak inform sesuatu, dia tak inform dengan semua pelajar. Dia biasanya inform hanya kepada pelajar yang dia rapat. So, untuk dapatkan lebih banyak maklumat, kenalah bergaul dengan pelajar-pelajar lain. Selain tu, notice board pun kena rajin check.

Pilih persekitaran dan kawan yang merangsang anda untuk belajar sekaligus menggalakkan proses pembelajaran anda

Hopely post ni dapat membantu walau sedikit. 
Pembaca yang ada nak tambah boleh bagi pendapat diruangan komen

Kehidupan Harian Di Sekolah Menengah, Universiti, Matrikulasi Dan Yang Sekutu Dengannya

Tadi chat sekejap dengan 'dia'. Cerita pasal adik dia (bakal adik iparlah tu hihi) yang sambung study kat Perlis. Perlis - Sabah. Jauh tu.



Masa sekolah menengah dulu, ada yang duduk hostel dan ada juga yang tinggal dengan keluarga masing-masing. Masa kat universiti, majority tinggal hostel yang disediakan. Kalau tak tinggal kat hostel pun, duduk menyewa. 

Pertama kali berjauhan dengan family mesti susahkan? Room mate saya dulu siap menangis-nangis lagi. Masak tak tahu, basuh kain pun tak tahu??? 
"Nina, macam mana nak letak sabun cuci ni?" 
Banyak-banyak soalan apasal dia tanya soalan macam ni? Terpana dan terkesima seketika mendengar soalan tu. Ya Allah, bijaknya.

"Bacalah arahan kat kotak sabun cuci tu" i replied.
Takut makin banyak cakap makin terkeluar pulak ayat-ayat yang mengguris hati kawan yang tanya ni.

Makan.. makan.. Makan..
Kalau di rumah, bangun tidur sarapan dah tersedia. Asrama sekolah pula makanan free of charge. Daging tayar lori pun tayar lorilah. Keras weh. Masa kat matrik, pagi petang siang malam beli kat cafe. Masa tu dapat elaun RM2500 kalau tak silap untuk setahun. Bagi yang nak berjimat mungkin boleh mengambil minuman nestum 3 in 1 yang mengandungi oat sebagai sarapan. Mengenyangkan, tahan lapar lama dan berkhasiat. Lain-lain pun boleh tapi kalau nak jimat boleh ambil oat. INGAT, jangan tinggal sarapan.

Bersiap ke kelas.
Bergantung dengan keadaan tandas. Kalau ramai, mandi awal-awal. Silap haribulan jadi pak guard tak berbayar menunggu giliran untuk mandi. Kalau tempat tu tandas tak share dengan ramai orang, untunglah. Orang mandi awal, saya pulak sengaja mandi lewat sebab masa tu semua dah habis mandi. Nasib laju bersiap. Tak payah nak make up.

Benda wajib yang paling saya ingat untuk bawa.
(This for me lah. I don't know why i concern so much about all this stuff)
~ Baldi. Orang selalu pandang lekeh tapi ni penting untuk basuh kain. (dari tadi cerita pasal basuh kain =.=" ) Ya lah, penting kot. Hari-hari salin baju. So, hari-hari ada baju kotor menunggu untuk dibasuh. Boleh letak kain kotor sekali. Walau guna perkhidmatan dobi sekalipun, mesti nak guna baldi untuk angkut kain untuk dijemur. Kan?
~ Cadar. Walau cadar disediakan, saya lebih suka guna cadar sendiri. Kebersihan lebih terjamin.
~ Hanger. Kain tak bersepah.
~ Cerek karan. Senang nak buat air untuk sarapan. Heheee air panas untuk masak me jangan lupa. Makanan tradisi pelajar.
~ Kelengkapan solat dan Al-Quran

Banyak lagi tapi korang boleh fikir sendirilah. Tak cukup ink keypad latop nak type satu-satu.

Masa free saya selalu gunakan untuk bersukan. Jogging pun jadilah. Biar oksigen sampai kat cell otak. Barulah tajam daya ingatan. Badan sihat, minda cergas.

Apa lagi ekh nak share pasal hidupan harian? Tu je setakat ni. Kalau pembaca nak tambah boleh tambah kat ruangan komen. 


Saturday 11 May 2013

Malam Perhimpunan *a*i? Ni Kes Menghina Berat


Wah, wah, wah. Kemain lagi post Iklan putrajaya ni ekh, sampai gelar orang yang join perhimpunan di Stadium Kelana Jaya tu babi. Siap dengan gambar bergerak lagi. Kebangkitan babi? Kebangkitan rakyat? Huh? Rakyat disamakan dengan babi?

Saya pun rakyat Malaysia. Penulis Iklan Putrajaya tu bukan Malaysian ke?

Kalau ya pun berlainan politik, janganlah sampai mengina teruk macam tu. Tak faham la.






Moscow Buble Festival, Dreamflash 2013

Bubble festival was held on 2 May 2013, Moscow, Russia. Let's watch the video and see the pictures around the Dream Flash 2013



My classmate 


Free hugs huh? Guys, what are you waiting for? I mean free and hugs





Motor Membelah Enjin Kereta - 2 Beradik hampir maut

Gambar ni diambil dari FB Panda. Kejadian berlaku pada 8 May 2013, Lahad Datu, Sabah. Penunggang motorsikal ni dikejar oleh pegawai bertugas kerana melanggar peraturan jalan raya. Tak pakai topi keledar je pun tapi senario kejar mengejar mengalahkan pasukan gerak khas, kes berat. 

Kejar punya kejar, motorsikal yang ditunggang oleh 2 beradik ni patah balik berlawanan arah. Akhirnya, bertembung dengan kereta.

Motor terpacak kat engine kereta.




Hancur engine 


Adik yang dibonceng terhumban beberapa meter ke depan. Nasib lah tak pakai topi keledar.


Kesiankan? Ni lah padah melanggar undang-undang bila undang-undang tu dicipta untuk kesejahteraaan. Patuhilah undang-undang. Untuk kebaikan diri juga.

Kepada perempit tegar mahupun yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia rempit, jadikan sebagai pengajaran.

Kepada ibu bapa, pantaulah kegiatan anak-anak anda. Jangan dah sambut kepulangan mereka ke rumah sebagai mayat baru nak menyesal.

#hanya kerana topi keledar

Tuesday 7 May 2013

Azan Di Gereja USA


Masa tengok you tube, terjumpa la pulak video ni. Jom tengok orang azan kat gereja.

Kita Bangsa Malaysia

Sangat terkilan dengan tindakan beberapa pihak berkaitan isu perkauman. 

Bila tengok status ni, saya hanya mampu geleng kepala. Nak comment, silap hari bulan kena maki. Bila dah emotional  sangat, nak berhujah cara berhemah dan matang pun susah.


Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. (imam as-Syafie)


Status-status macam ni yang lah yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Semoga pihak polis mengambil tindakan  Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 bagi pihak yang cuma merosakkan keharmonian negara. Setakat ini, pihak polis membuka siasatan terhadap laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" selepas menerima satu laporan yang mendakwa laporan berkenaan berunsur hasutan.

Bila difikir-fikir, memang betul juga  ada sesetengah chinese yang racist. Bangsa-bangsa lain termasuklah Melayu sendiri pun apa kurangnya. Bila bangsa Cina membuka peluang pekerjaan untuk bangsa Cina sahaja, mereka pulak nak marah-marah. Habis tu, isu hak bumiputra? Tak racist? MARA? UiTM? So, tak payah nak tengok orang lain sudah. Cermin diri sendiri. Fikir baik-baik. Mereka mempertikaikan bangsa Cina racists, tapi sendiri mengaku racist. 

Wikipedia said about Bumiputera.
Bumiputera (Jawi: بوميڤوترا) atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.


Sebelum merdeka lagi kaum India, Cina dan lain-lain imigran telah mendiami Malaysia, bersama membangun Malaysia. Cukai bayar, saman pun bayar sama tapi kelebihan yang bumiputra dapat tak sama dengan non bumi.  The worse part is bila orang non-bumiputera menyatakan pendapat mereka, ada pula pihak yang ikut sedap mulut kata kalau tak puas hati, balik negara asal lah, keluar Malaysia lah dan macam-macam lagi. Macam mana agaknya jika Malaysia hanya dihuni oleh Melayu dan bumiputra? Agaknya pencapaian Malaysia sama tak dengan apa yang Malaysia capai sekarang? Lebih baik atau...?


Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengulas tentang pergantungan Bumiputera pada dasar pro-Bumiputera:-
"Kita sudah cuba beritahu mereka kalau bergantung pada subsidi, nanti akan menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kita beritahu kalau gunakan tongkat, nanti tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri tegak kerana masih ada kemampuan. Saya pernah cakap pasal ini dan sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu cari jalan senang. Kalau saya ada AP dan jualkannya untuk mendapat wang, tidak apa-apa, kata mereka."

See? Majority my classmate are chinese. Melayu, Cina, India semua ada. Nak kata classmate saya racist, tak juga. Tak semua orang sama.

Pemikiran seseorang tidak diukur melalui warna kulit atau bangsa tetapi melalui ilmu yang dimilikinya.

 #Jauh perjalanan, luas pemandangan.


Kalau katak ni melompat keluar dari tempurungnya, baru dia akan tengok dunia luar. Bila dah tengok dunia luar, barulah minda si katak ni terbuka sikit.

Sunday 5 May 2013

Segmen: LUPUS Awareness Month


Sebagai bakal doctor yang mementingkan kesihatan awam, saya terpanggil untuk menyertai segmen ini.

Objektif utama segmen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit LUPUS atau pun SLE. Ramai diantara kita kurang mendapat pendedahan malah langsung tidak mengetahui apakah itu SLE yang boleh membawa maut. Diharapkan dengan segmen ini kita dapat mengenali penyakit LUPUS dengan lebih dekat lagi.


Mari sebarkan mengenai lupus sebagai tanda kita prihaitin
-Aida
-Aswadz
- Ikin
Mizz Aiza
- Siha
- Azwa


Thursday 2 May 2013

BIGGEST GIVEAWAY BY OSM




Click banner
Tamat pada 31/05/13
Tag kawan:

Hadiah-hadiahnya:

SAYA NAK PATUNG ELMO besar punya :)

1. PATUNG ELMO (BESAR) , PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL ,
TOPUP RM 10 , KOMIK , BUTTON I <3 BLOGGING
2. PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL , TOPUP RM 5 , BUTON I <3 BLOGGING

3. PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL , KOMIK , BUTTON I <3 BLOGGING

TAMBAHAN : KALAU NASIB ANDA BERTUAH ANDA MUNGKIN DAPAT HADIAH TAMBAHAN IAITU  T-SHIRT I <3 BLOGGING 
Saguhati: 
TOPUP 10 x 3
TOPUP 5 x 3
KOMIK x 5
LE' MUSTACHE NECKLACE x 2
OTHERS NECKLACE x 2
SHAWL x 2
PASHMINA x 1



Blogger Ditangkap, Cara Diamkan Suara Rakyat




Seorang blogger yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menggunakan gelaran Milo Suam telah ditangkap atas dakwaan menyebar maklumat yang "kononnya" tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal. 

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. 

Bak kata pemilik blog Oh gadis Itu, blogger pro- UMNO yang menyebarkan video lucah fitnah tidak pula ditangkap walau dah berpuluh-puluh laporan dibuat oleh orang awam dan kesalahan tersebut jelas melanggar hukum undang-undang.

Jika pemimpin atasan berjiwa bersih, orang bawahannya pun in sya Allah akan menjalannya tugas dengan telus dan amanah, bukan sekadar hanya bertindak untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak.

Kita doakan Malaysia dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain memiliki pemimpin-pemimpin yang akhlaknya superb dan memperjuangkan Islam dan hak rakyat walau dengan mana-mana landasan parti sekalipun.

Lepas ni, mesti ada sesetengah pihak teragak-agak untuk mendedahkan perkara sebenar yang berlaku atas rasional takut. Takut dikecam, takut kerjaya terancam, takut ditangkap, takut keluarga diapa-apakan, takut biasiswa ditarik, takut dihalau dan takut macam-macam lagilah. Hidup dalam ketakutan. 

Allahuakhbar. Tunjuk jari keatas. Allah yang satu. Berani kerana benar, takut kerana salah. Allah maha berkuasa mengatur perjalanan hambanya juga berkuasa melenyapkan yang batil. Cepat atau lambat, yang hak pasti akan tertegak.

Sabar je la kita lahir diakhir zaman. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...