Saturday, 16 February 2013

Moscow Muslim Students- Dilarang Sembahyang, Pakai Tudung dan Convert to Christian???

Assalamualaikum my beloved readers. Lama saya tidak menyajikan anda dengan post baru. Kini saya kembali dengan post yang lebih gempak.

Kehidupan saya di Moscow, Russia selaku seorang muslimah pada asalnya normal, dapat solat dan berhijab seperti biasa walau dalam keadaan dan suasana yang berbeza jika dibandingkan dengan di Malaysia (solat dalam surau/masjid). 

Yup, semuanya normal hinggalah satu hari, pelajar tahun pertama (1st year students) mengadakan solat berjemaah di bangunan academic (dengar cerita +/- dalam 30 orang. tak tengok lagi gambar tu. Nanti saya upload bila dah jumpa gambar tu)  hingga menutup jalan pelajar lain. Masa tu pelajar dari Russian medium tengah rehat. So, tempat tu pun jadi crowded.

Salah seorang pelajar Russian ambil gambar masa pelajar Malaysia tengah sembahyang dan upload di Facebook. Well you know Russian, walau ramai muslim tapi yang  anti muslim pun ramai juga. Tambah-tambah lagi kes pengeboman metro oleh orang berpakaian macam orang  Islam (kononlah Islam). Lepas tu, isu ni pun jadi makin besar hingga menarik perhatian  pihak university. Oleh yang demikian, wujudlah post ni:

 Muslim students in Moscow are not allowed to pray in academic building. 

Kesinambungannya macam ni. (keep reading...)

14hb February 2013 ( thursday), i went to hygiene class and my chinese group mate ask me something and he said "no offense ar Maslizza, just wanna ask you something. Is it true that all of us have to sign an agreement?"

13hb February masa kelas physiology, Prof. tu ada cakap semua students harus menandatangani surat perjanjian untuk convert to Christian. They thought it just a joke. After class, we have lecture. The other prof. told us that we have to sign some agreement. So, ini bermakna benda ni betullah? Entah betul have to convert to Christian atau betul have to sign the agreement but i am sure about the agreement dan saya dah sign pun tapi yang pastinya agreement tu mengenai surat perjanjian students tidak dibenarkan solat dibangunan academic.


Click to view LARGER. Ni lah dia surat perjanjian yang kami kena sain. R terbalik tu disebut ya dalam bahasa Russian yang bermakna saya atau I. Yang tertulis dalam handwriting tu nama saya dalam Russian, Maslizza binti Juhaepah, tandatangan, group 89 and 2nd year.

Kalau dulu, dapat solat dipenjuru-penjuru bangunan. Walaupun penjuru-penjuru, tempat orang lalu lalang, lantai tak lah bersih sangat (guna sejadah khas), at least dapatlah solat time masuk waktu ada kelas. Sekarang dah tidak dapat solat langsung, direct kena halau dari academic bangunan pula tu.(nasib tak pena kena halau, kawan lain dah kena halau)




Gambar ni bukan saya yang ambil tapi macam ni lah keadaan muslim di Moscow solat. Serius ni!!! Masa winter tahun lalu, kawan makan luar. Masa jalan tu dah masuk waktu, diorang pun solat d tepi bangunan sejuk-sejuk (winter). Saya tak pernahlah. i'll find tempat yang comfortable sikit supaya lebih khusyuk. Kawan lelaki mengadu kesejukan masa solat jumaat sebab masjid tu under construction. So, solat jumaat di luar masa winter. Tu semua dugaan. Hopely membentuk diri lebih kuat.

Dilarang guna tudung.

Rentetan peristiwa ni, timbullah pula isu keagamaan. Ialah, orang dah sakit hati dengan Islam, dah dapat point nak bagi kita sakit, apalagi, dia gunakanlah point tu. Nasiblah kes ni berlaku hanya kepada segelintir pelajar sahaja. Nasib koranglah dapat pensyarah yang anti-Muslim, masuk kelas dia tak boleh guna tudung. 

What the heck. Masa 1st year saya ada belajar undang-undang (law) ok. KEBEBASAN AGAMA!!! 

Hari ni, 15 February 2013, i am having Russian class dari 3.00 p.m. sampai 8.00 p.m. Tu dia, marathon kelas Bahasa Russia. Sebab dah tidak dapat solat dalam bangunan akedemik, makin malaslah pula nak datang kelas (bukan memang pemalas ker?). Tadi sikit ponteng kelas sebab terfikir macam mana nak solat zohor, asar dan magrib. Fikir punya fikir, kuatkan semangat, datang kelas juga. Macam mana saya solat? Biarlah rahsia. Hahaha tak lah, gurau jer. Ambil wuduk* cari tempat tertutup dan berselindung* belakang pintu* bentang sejadah* solat tanpa ganguan.

Oklah, post dah terlalu panjang, pening orang nak baca nanti. Kesimpulannya, readers yang teringin nak datang sambung study di Russia, you are welcome here :) tapi saya tidak galakkan (arghh mau balik) nanti ada jadi macam orang yang tulis post ni. (yess!!! its me)

Semua yang datang ujian dari Allah, dia menguji sekuat mana iman hambanya dan sejauh mana keihlasan mereka. Semoga doctors lepasan Russia jadi lebih mantap imannya. Aminnnnnn

Kalau dah terazam dan bertekad sangat nak datang, prepare your self physically and mentally. Good Luck to you hahahaha (evil laugh)






22 comments:

  1. salam... zalimnya diorang terhadap org Muslim.. takpe ..anggap ini dugaan.. ada hikmah Allah letak awak dekat moscow.. dan ade hikmah kenapa Allah tak letak awak dekat tempat lain.. yang pasti Allah letak awak dekat situ adalah sebagai satu cara utk awak memberi dakwah kepada orang lain walaupun perkara itu kecil.. Allah sentiasa ada bersama.. berdoalah..mohon pertolongan daripada Allah kerana hanya Dia yang maha mengetahui.. sampaikanlah kepada sesiapa walaupun hanya sepotong ayat..InsyaAllah..semoga Allah sentiasa memberkati umat2 Islam di sana dan seluruh dunia..amiiinn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ so much dear.. :) yup2..betul tu.. Ujian Allah memang penuh hikmah..agar hambanya lebih dekat dengan penciptanya...

      Delete
  2. salam.. ya ALLAH.. humm.. islam memg dibenci hinggalah akhir zaman kn? tapi satu msa islam akn bangkit :) semuanya ats kehendak ALLAH.. Semoga ALLAH permudahlan urusan sis kat sana :) keep dua' n maintain your iman :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam itu asing dn akan kembali asing..hanya segelintir y akan benar2 beriman pd akhirnya (takut2) Doa is d strongest senjata umat Islam,,, :) Insyaallah d prmantapkan iman

      Delete
  3. ya allah akak take it easy ye..:)) insya allah sume 2 x sia2..da hikmah dsebalik semua 2..:)) tq akak sbb post entry ni..at least kte thu ngara luar cm na..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kkak chill je..kan menulis,so kena HIPERBOLA sikit..hehe alhmdulillah akak ok jer tapi kesianlah kawan2 lain..yup2,,suma ada hikmah d sebaliknya

      Delete
  4. sabar kak ! =) Allah always with us ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes2..Allah sentiasa brsama kita,,, smoga ujian ni akan dekatkn kita dgnnya

      Delete
  5. agak keterlaluan. semoga baik-baik sahaja. Allah sentiasa ada :)

    ReplyDelete
  6. salam...bila baca entry ni, rasa sngt bersyukur bila duk Malaysia...sabar dear, Allah sentiasa bersamamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..sangat brsyukur..tapi pro dan kontra.. kesenangan umat Islam buat umat islam kurang peka dgn isu umat islam y lain..tapi segelintir je la..contohnya kwn2 d u malaysia,ada y langsung tidak tahu isu syria n palestin

      Delete
  7. ye...btul tu dear...apa2 pun moga setiap kesulitan yg kita hadapi, menambahkan lagi rasa kasih kita kepada Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. slen tu,ujian allah akan buat kita dekat n sntiasa ingt Allah

      Delete
  8. Salam
    Rabbi yassir wala tu assir
    Semoga Allah permudahkan dan bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat zikir tu..my friend yg ajar during my viva for my master..zikir la selalu rabbi yassir wala tu a'ssir.. supaya dipermudahkan segala urusan..jadikan sbg amalan..nescaya nina akan selalu mendapat perhatian Allah kerana nina sentiasa ingat pada-Nya yang satu..insyaAllah..

      Delete
    2. apa maksud rabbi yassir wala tu assir?

      Delete
  9. ingatkan duduk di negara orang ni best sebab dapat merantau dan timba pengalaman.. tapi tak sangka banyak dugaan lain yang datang. sabar ye nina. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. semoga semuanya baik2 saja dan nina berada dalam perlindungan-Nya. amin ya rab

    so true..."hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"

    ReplyDelete
    Replies
    1. best juga, banyka pengalaman baru :) tapi ya la..hidup memang tidak akan indah terus

      Delete
  10. Ya Allah sampai macam tu sekali.. iha ingat kat rusia lagi senang kita nak survive sebab ramai muslims kat sana.. ada hikmah disebalik kejadian kan.. bertuah akak ada kat sana, Allah beri peluang untuk akak berdakwah.. :)
    p/s:evil laugh yang x menahan tu, hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..tapi Moscow tak la teruk sangat

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...